BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

:some cash:

readbud - get paid to read and rate articles

salam.....

blog ini hanya untuk menguatkan lagi keinginan diri ini untuk meningkatkan taraf hidup ke arah kehidupan yang lebih baik..

Saya yakin dan percaya setiap orang dari kita mempunyai impian dan keinginan masing-masing..

Jadi kita harushlah menetapkan matlamat dan azam dalam diri kita agar sentiasa bertenaga dan bersemangat setiap masa akan tetapi dengan memohon pertunjuk dari Allah Yang Maha Esa...

"thenextvision696" diberi nama bermaksud kita haruslah sentiasa melihat ke hadapan..


6(KEDUNIaAN)

9(AKHIRAT)

6(KEDUNIaAN)

p/s:moral of the story


kejarlah akhirat nescaya dunia akan menghampiri kita..

5tahun..10tahun..15tahun..30tahun..kita yang tentukan...The Greatest Challenge only oneself..


Who??

The answer yourself...

Hanya Diri Kita Yang Dapat Mengubah Diri Sendiri Tiada sesiapapun yang dapat membantu Mengubah Diri Kita..


Followers

Friday, April 9, 2010

RINGKASAN KHUTBAH JUMAAT

BERSAMA LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL
(09 APRIL 2010M/24 RABIUL AKHIR 1431H)


1. Adalah menjadi sunnatullah bahawa manusia di muka bumi ini tidak boleh lari daripada hidup secara berjemaah atau bermasyarakat, baik ahli keluarga, jiran tertangga, sahabat handai atau masyarakat sekuruhnya.

2. Islam agama kesejahteraan dan amat mengutamakan persaudaraan dan perpaduan. Jesteru, islam menganjurkan umatnya supaya berperibadi dan berakhlak mulia serta sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosial menjadi tunjang di dalam kehidupan bermasyarakat. Ia juga merupakan salah satu daripada cabang keimanan kepada Allah S.W.T.

3. Tuntutan untuk sentiasa berbuat baik dalam islam tidak terhad kepada ibu bapa atau kaum keluarga sahaja tetapi juga kepada jiran tertangga dan masyarakat sama ada kenali atau tidak, dekat atau jauh. Termasuk juga dalam perkara ini ialah berbuat baik kepada haiwan dan alam sekitar. Dalam menghayati tuntutan berbuat baik ini, umat islam digalakkan untuk saling membantu antara satu sama lain dalam bentuk wang ringgit, harta, masa, tenaga, kepakaran, keilmuan dan seumpamanya.

4. Ibnu Qayyum  dalam menghuraikan hadis yang bermaksud "sebaik-baik manusia mereka yang memberikan manfaat bagi orang lain" menyatakan bahawa sesiapa yang berbuat baik, menyayangngi, memberi manfaat dan menutup keaiban orang lain, maka Allah juga akan berbuat baik, menyayangi, memberi manfaat dan menutup keaiban dirinya.

5. Bersamalah kita menyemarakkan tuntutan melaksanakan tanggungjawab sosial dalm masyarakat agar kehidupan menjadi lebih bermakna dan sejahtera...

0 comments:

rujukan